top of page
Search
Writer's pictureZANA FAZRI

FESTIVAL ISLAM DAN HALAL ANTARABANGSA JOHOR (FIJO) 2019

Alhamdulilah, selesai sudah 4 hari terlibat bersama Pavillion Melaka di Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor (FIJO) 2019. FIJO yang julung2 kali di adakan pada tahun ini, adalah inisiatif dan usahasama diantara pihak penganjur WarisanAD dan Kerajaan Negeri Johor serta agensi berkaitan. FIJO adalah bertujuan menjadi platform kepada orang ramai dan Usahawan untuk memperkasakan produk dan perkhidmatan yang Halal dan Toyiban. FIJO 2019 juga dipenuhi dengan program Hiburan yang berunsurkan kerohanian, Pameran Booth Jualan dan lebih menarik lagi terdapat juga pameran Artifak sejarah islam dan Baginda Rasulluallah S.A.W. Zana Therapy Oil (ZTO) juga terima tempias dari sambutan luar biasa orang Johor di FIJO2019. produk ZTO-Roll ON telah "SOLD OUT" pada hari ke-3 Festival. Selepas penambahan stok dari Melaka, sekali lagi ZTO-Roll ON "SOLD OUT" pada petang hari penutup 31hb. Terima Kasih kepada seluruh warga FIJO, rakan usahawan dan pengunjung yang sporting dan Best. Jumpa lagi pada FIJO tahun depan, 28-30 Ogos 2020

19 views0 comments
bottom of page