top of page
Search
  • Writer's pictureZANA FAZRI

SAMBUTAN HEBAT DI MAHA 2018

Asalamualaikum w.b.k.

Alhamdulilah selepas hampir 3 minggu MAHA 2018 melabuhkan tirai di MAEPS, Serdang Selangor. Zana Therapy Oil (ZTO) terus menerus mendapat maklumbalas dan "repeat order" daripada pelanggan yang menemui kami di Tapak Niaga Pavillion Melaka "HALL A" dan Pavillion Negeri Melaka di rumah Negeri2. Kami menemui hampir seluruh peringkat pelanggan dari serata Malaysia dan juga pelangan istimewa dari Brunei. Alhamdulilah, hampir 3000 botol terjual, ZTO dapat menemui dan mencuba kepada seramai mungkin pengunjung MAHA selama 11 hari berlangsung. Kami juga menerima kunjungan dari VIP dan VVIP yang terdiri daripada TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Tun. YAB KM Melaka, Menteri dan Timbalan Menteri sepanjang program ini berlangsung. Terima Kasih tak terhingga juga kepada pihak UPEN Melaka yang telah memilih kami menyertai MAHA 2018 bagi mewakili usahawan negeri Melaka. Tidal lupa juga kepada pihak MARDI negeri Melaka yang telah banyak memberi bimbingan. Jumpa lagi di MAHA 2020. In SHa Allah.

4 views0 comments
bottom of page